Carian
YouTube Memperkenalkan RPM Bagi Menunjukkan Kadar Janaan Pendapatan Sebenar Saluran
July 13, 2020 Effi Saharudin

Dalam keadaan dunia yang semakin tidak dapat diramalkan kerana pandemik, menghasilkan video menerusi YouTube dilihat sebagai alternatif paling mudah keran sesiapa sahaja boleh memuat naik kandungan buatan sendiri. Tetapi selama ini proses mengagak berapakah wang yang dapat dijana oleh saluran adalah sedikit rumit. Bagi memudahkan proses mengagak wang yang boleh dijana YouTube memperkenalkan RPM.

RPM ialah singkatan untuk Revenue Per Mille iaitu pendapatan yang dijana dengan setiap 1000 tontonan video. RPM menggantikan Cost Per Mille (CPM) yang merupakan metrik yang digunakan sebelum ini. Perbezaan di antara RPM dan CPM ialah RPM menunjukkan kadar penjanaan pendapatan untuk kesemua video. CPM adalah berbeza di antara video kerana bergantung kepada pengiklan. Dengan RPM, purata janaan pendapatan dapat dilakukan dengan lebih tepat.

Komen