Cari @ Amanz

Sisa elektronik dari negara maju dieksport ke negara dunia ketiga untuk dibuang. Lambakan sisi elektronik mendatangkan kerisauan kerana antara cara logam seperti emas dan kuprum dikitar semula adalah secara pembakaran terbuka yang mengeluarkan wasap toksik. Bagi mereka yang merasakan diri mereka cakna tentang masalah lambakan sisa-sisa elektronik, jam tangan Garbage Watch telah dihasilkan oleh Vollebak.

Garbage Watch seperti dari namanya ialah jam tangan analog yang dihasilkan sepenuhnya dari sisi elektronik yang terbuang. Bahagian tubuh diperbuat daripada plat pelindung CPU papan induk komputer. Talinya pula diperbuat daripada wayar PVC. Hasilnya ialah jam tangan yang kelihatan amat steampunk. Sekiranya anda berminat untuk memiliki Garbage Watch, anda boleh mendaftarkan minat sebelum jam mula dijual pada tahun 2021. Harga masih belum diumumkan pada waktu ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd