Aplikasi Penang Smart Parking Kini Diterbitkan Pada Huawei AppGallery – Menawarkan Baucar RM5

Aplikasi Penang Smart Parking Kini Diterbitkan Pada Huawei AppGallery – Menawarkan Baucar RM5

Diterbitkan pada July 14, 2020 oleh .

Bagi para pengguna Huawei di Pulau Pinang, kini aplikasi Penang Smart Parking telah pun diterbitkan di Huawei AppGallery.

Aplikasi ini memudahkan pengguna untuk membuat pembayaran parkir dengan mudah di Pulau Pinang, tanpa perlu menyukarkan diri untuk mendapatkan kupon parkir fizikal. Seperti biasa, pembayaran boleh dilakukan terus menggunakan telefon pintar anda.

Penang Smart Parking

Menariknya, bersempena dengan penerbitan aplikasi ini di Huawei AppGallery, 10,000 pengguna terawal turut boleh mendapatkan ganjaran tunai kembali bernilai RM5.

Untuk mendapatkannya, anda hanya perlu memasang Penang Smart Parking daripada Huawei AppGallery. Selesai pemasangan, anda hanya perlu ke bahagian Gift Centre, dan memilih Penang Smart Parking, dan mendapatkan kod untuk RM5 berkenaan.

Muat-Turun Penang Smart Parking di Huawei AppGallery



TIPS & ULASAN