Razer Phone ialah antara peranti untuk permua terawal dipasarkan. Ia memperkenalkan penggunaan skrin 120Hz serta sokongan lampu RGB khusus untuk peminat permua yang kental. Tetapi selepas Razer Phone 2, Razer berhenti mengeluarkan telefon pintar baharu selepas terdapat laporkan sejumlah pekerja diberhentikan.
Namun begitu semalam peranti yang didakwa adalah prototaip untuk Razer Phone 3 telah muncul di laman Tabao. Perbezaan yang dapat dilihat ialah trikamera yang diletakkan menegak pada bahagian belakang. Pada Razer Phone 2 sebelum ini dwi-kamera diletakkan mendatar. Saiz dagu dan dahi peranti lengkap dengan pembesar suara stereo juga adalah lebih kecil berbanding peranti-peranti terdahulu.
Hanya imej peranti dapat dilihat tanpa sebarang maklumat mengenai spesifikasi dan dari mana peranti ini ditemui. Memandangkan pasaran peranti untuk permua kini kembali hangat, masih wujudkah minat untuk Razer Phone di kalangan pengguna?