Carian
Malaysia Akan Bangunkan Platform Induk Digital Untuk Mengawal Keselamatan Siber – Bakal Dilancarkan Dalam Lima Tahun Lagi
July 14, 2020 Aman

Keselamatan digital dan siber merupakan salah satu perkara utama yang dibincangkan ramai pihak akhir-akhir ini. Malah, aktiviti godaman dan ancaman siber semakin meningkat akhir-akhir ini – apatah lagi dengan lebih ramai beroperasi secara atas-talian sejak Perintah Kawalan Pergerakkan dilaksanakan.

Terbaru, dalam mengatasi dan memastikan keselamatan siber dikawal, sebuah platform induk digital akan dibangunkan oleh kerajaan Malaysia. Platform berkenaan dijangka akan dilancarkan dalam tempoh masa lima tahun lagi.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sepenuhnya berkaitan dengan platform induk digital ini – dan bagaimana proses saringan dan sebagainya akan dilakukannya melaluinya kelak. Pembangunan untuk platform induk digital ini dijangka akan diterajui dibawah MAMPU.

Komen