Cari @ Amanz

Seperti sedia maklum, konsol permainan akan datang terbaru daripada Sony, iaitu PlayStation 5 akan diperkenalkan pada penghujung tahun ini. Diantara aksesori yang tiba dengan konsol tersebut ialah pengawal permainan Dual Sense.

Menurut laporan daripada Nextrift, pengawal permainan tersebut nampaknya sedang diuji di SIRIM dibawah nama model CFI-ZCT1G yang juga digunakan sebagai nama pengenalan untuk pengawal DualSense di negara-negara lain.

Ini cukup menarik kerana ujian pengesahan elektronik ini menandakan bahawa konsol permainan PlayStation 5 sekurang-kurangnya akan dilancarkan di negara ini tidak begitu lama selepas pasaran awal seperti Amerika, Jepun dan Eropah.

Laman web gaming kami, Aksiz ada menulis artikel yang memperlihatkan butiran-butiran baru pada pengawal Dual Sense ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd