Cari @ Amanz

Samsung Galaxy Note 20 adalah peranti mercu Samsung seterusnya untuk tahun ini. Ia bakal dilancarkan pada bulan Ogos kelak. Imej sebenar peranti ini sudah pun tertiris, yang mana kemudiannya diperlihatkan dalam video ringkas, dan paling mengecewakan ia dilaporkan akan dijana cip Exynos 990 dan bukannya Exynos 992 seperti berita sebelum ini.

Baru-baru ini, peniris terkenal Ice Universe telah menciap imej oengolokan baharu Galaxy Note 20 bersebelahan dengan Note 10. Ia memperlihatkan yang Note 20 adalah 1cm lebih panjang dari Note 10 dan turut disertakan adalah kenyataan sekali lagi mengenai Note 20 hanya akan mempunyai skrin 1080p dan 60Hz. Peranti juga dilihat akan ditawarkan dalam warna Mystic Bronze yang sama dengan Galaxy Z Flip 5G akan datang.

Sudah banyak kali tertiris mengenai skrin 1080p 60Hz, skrin rata dan video serta imej sebenar juga telah kelihatan. Ini bermakna segala apa yang kita dengar dan tertiris dalam tempoh kurang sebulan sebelum ia dilancarkan berkemungkinan benar. Peminat Samsung, apa lagi – simpan wang anda dan nantikan kehadiran peranti ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd