Vivo Malaysia kini telah mengesahkan mereka akan melancarkan telefon pintar dibawah siri Vivo X50 untuk pasaran tempatan secara rasminya pada 21 Julai 2020 kelak.
Dibawah siri ini, terdapat tiga telefon pintar ditawarkan, iaitu Vivo X50, Vivo X50 Pro dan juga Vivo X50 Pro+. Pihak Vivo memfokuskan kepada penawaran kamera yang stabil melaluinya – menawarkan ciri gimbal untuk rakaman dengan penstabilan yang lebih baik berbanding pelbagai pesaing di pasaran.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada ketiga-tiga model akan memasuki pasaran Malaysia atau sebaliknya. Sama-sama kita nantikan 21 Julai ini untuk mengetahui lanjut mengenai pelancaran Vivo X50 di Malaysia.