Carian
KKM Melancarkan Bot Yang Menjawab Persoalan Mengenai Covid Di WhatsApp
July 14, 2020 Effi Saharudin

Situsi wabak Covid-19 di Malaysia kini terkawal dengan jumlah jangkitan baharu serta kematian yang rendah dilaporkan sepanjang tempoh PKPP. Walaupun keluk telah berjaya dileperkan, kita masih belum bebas dari bahaya selagi vaksin belum dihasilkan. Untuk memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat terkini mengenai Covid-19 dengan tepat, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan bot di WhatsApp untuk menjawab persoalan secara automatik.

Bot yang menjawab soalan di WhatsApp ini diumumkan menerusi saluran Telegram rasmi Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) KKM dan Majlis Keselamatan Negara hari ini. Pengguna hanya perlu mengimbas kod QR di atas untuk terus menanyakan soalan kepada bot. Menerusi penggunaan bot pada platform media sosial yang popular ini, soalan-soalan lazim mengenai wabak Covid-19 akan dapat dijawab. Ini adalah satu lagi saluran yang dibuka oleh KKM untuk membantu orang ramai selain talian telefon, Twitter, Facebook dan laman web.

Walaupun pengumuman telah dilakukan menerusi dua saluran rasmi ini, bot yang digunakan masih belum beroperasi ketika artikel ditulis. Kesemua soalan yang dihantar tidak dijawab.

Komen