Cari @ Amanz

Sebelum ini, antaramuka Google Calendar telah menerima kemas kini menarik dengan kemasan visual berwarna-warni yang jitu bagi menjadikannya lebih mudah difahami ketika digunakan. Kini, Google memperkemaskan lagi antaramuka ini dengan menambah lebih banyak ciri baru.

Antaranya, fungsi dialog pop-naik kini membolehkan pengguna menambah perincian agenda secara langsung. Google juga telah menambah lebih banyak pilihan agenda yang boleh disunting seperti kebenaran tetamu, pratonton kalendar bersama pilihan warna yang sesuai dengan program dan lampiran. Selain itu, paparan ciri ‘find a time’ juga telah diubahsuai menjadikan lebih mudah untuk digunakan.

Melalui perubahan ini, boleh dikatakan semua agenda penting kini boleh dijadualkan dalam satu tetingkap sahaja. Pada masa sama, pengguna juga membuat sedikit perubahan dengan membolehkan pengguna mencetak kalendar mereka dengan pilihan warna penuh. Buat masa ini, kemas kini terbaru ini terhad kepada pengguna G Suite sahaja.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd