Carian
Daiso Mula Menawarkan Produk-Produk Mereka Berharga RM5.90 Melalui Shopee
July 14, 2020 Aman

Daiso merupakan salah satu kedai yang mungkin tidak asing bagi kebanyakkan pengguna tempatan. Melaluinya, pelbagai produk ditawarkan untuk pelbagai kegunaan pada harga RM5.90 setiap satu.

Shopee Daiso

Menariknya, selain daripada di kedai fizikal, kini pengguna turut boleh mendapatkan barangan dari Daiso secara atas-talian melalui Shopee.

Harga produk yang ditawarkan juga adalah kekal RM5.90, seperti di kedai tanpa sebarang penambahan tambahan. Namun, anda perlu membuat pembayaran kos penghantaran untuknya.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak Daiso di Shopee hari ini, dan mendapatkan produk-produk yang anda minati tanpa perlu ke kedai fizikalnya lagi.

Komen