Cari @ Amanz

Samsung hari ini telah berkongsi lanjut berkenaan rangkaian 6G melalui kertas kajian mereka, sekaligus memperlihatkan beberapa perkara berkaitan rangkaian 6G – termasuk berkaitan keperluan teknikal, perkhidmatan baru, dan trend baru kelak.

Dengan rangkaian 6G, Samsung menyasarkan menawarkan pengalaman berhubung secara menyeluruh ke seluruh aspek kehidupan.

Samsung mengatakan mereka telah pun membuka kajian dan pembangunan berkaitan rangkaian 6G, dan menyasarkan untuk selesai membangunkan piawaian 6G serta penawaran rangkaian 6G secara komersial seawal 2028 kelak.

Samsung 6G

Apa pun, Samsung menyasarkan penggunaan secara menyeluruh mungkin berlaku sekitar 2030 kelak.

Samsung mengatakan mesin dan manusia akan menggunakan kelebihan melalui rangkaian 6G – termasuk untuk penggunaan realiti-terimbuh, hologram dan replika digital.

Melalui rangkaian 6G, Samsung menyasarkan ia mencapai kadar pemindahan data sehingga 1,000Gbps, pendam masa kurang 100 mikrosaat (μs).

Dengan sasaran penggunaan secara meluas dalam tempoh sekitar 10 tahun lagi, kita mungkin mendengar lanjut berkaitan rangkaian 6G ini dalam tahun-tahun akan datang.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd