Lagi Imej Pengolokan Rasmi Samsung Galaxy Note20 Ultra Tertiris

Lagi Imej Pengolokan Rasmi Samsung Galaxy Note20 Ultra Tertiris

Diterbitkan pada July 14, 2020 oleh .

Rekaan Samsung Galaxy Note20 dan Note20 Ultra telah tertiris seperti penyaring teh sejak dua minggu lalu. Malahan video pandang pertamanya juga telah muncul ke arena web. Hari ini imej pengolokan rasmi peranti dengan stylus mercu Samsung ini sekali lagi tertiris menerusi ciapan @UniverseIce.

Imej pengolokan rasmi menunjukkan rekaan hadapan dan belakang dengan lebih jelas serta dalam warna baharu. Pada Note20 Ultra skrin lengkung dikekalkan seperti Note 10 tahun lalu. Bonjol kamera yang besar tidak dapat dielakkan kerana sistem kamera periskop S20 Ultra 5G telah dikitar semula.

Awal pagi tadi kami melaporkan imej pengolokan rasmi Note20 yang tertiris. Tidak seperti Note20 Ultra, Note20 menggunakan skrin rata dengan bezel yang lebih tebal dan juga dilengkapi kamera dengan mekanisme periskop. Kedua-dua peranti akan dilancarkan dalam acara Unpacked pada 5 Ogos hadapan.



TIPS & ULASAN