Apple Dilaporkan Perlu Membayar Penalti Hampir $1 Bilion Kepada Samsung

Apple Dilaporkan Perlu Membayar Penalti Hampir $1 Bilion Kepada Samsung

Diterbitkan pada July 14, 2020 oleh .

Apple kini dilaporkan membayar Samsung hampir $1 bilion disebabkan oleh penalti kerana gagal mencapai kuantiti yang diperlukan untuk pembelian panel OLED.

Seperti ramai sedia maklum, Samsung menawarkan panel skrin untuk sejumlah pengeluar dipasaran, termasuk Apple. Mengikut beberapa sumber industri, ia dikatakan Apple perlu mencapai kuantiti pembelian minimum yang ditetapkan oleh Samsung atau membayar penalti yang telah ditetapkan.

Disebabkan gagal mencapai perkara berkenaan, kini Apple dilaporkan perlu membayar penalti kepada Samsung pada nilai hampir mencapai $1 bilion.

Angka ini adalah untuk suku kedua 2020 yang lepas kerana gagal mencapai kuantiti yang diperlukan. Ini juga mungkin kerana perubahan dari segi pasaran disebabkan oleh penularan wabak yang menghentikan pelbagai operasi.

Ini bukan kali pertama Apple perlu membayar Samsung disebabkan pengurangan pembelian panel – atau kerana penurunan jualan iPhone. Sebelum ini, pada tahun lepas, hal sama turut berlaku, yang mana mengatakan jumlah papasan mencapai sekitar RM700 juta.



TIPS & ULASAN