Carian
Kereta Ini Menjalankan Perisian Huawei, Dan Dilengkapi Sokongan 5G
July 15, 2020 Aman

Kenderaan pintar merupakan salah satu arena yang kini diceburi oleh pelbagai syarikat gergasi. Terbaru, BYD di China telah pun memperkenalkan kereta terbaru mereka, dinamakan sebagai Han EV.

Menariknya mengenai kenderaan ini adalah ia menggunakan sistem Huawei HiCar berasaskan kepada HarmonyOS – iaitu sistem operasi yang dibangunkan oleh pihak Huawei untuk pelbagai peranti berhubung. Melaluinya, ia menawarkan pelbagai sambungan pintar, termasuk sejumlah kawalan tambahan menggunakannya.

Huawei juga menyatakan melalui penggunaan telefon pintar Huawei, pengguna boleh menghidupkan kenderaan. Pengguna masih boleh kekal mengakses kenderaan melalui ciri NFC walaupun telefon pintar tiada bateri, dan menggunakan kenderaan untuk mengecas peranti.

Disamping itu, kereta ini turut dilengkapi dengan sokongan 5G terbina – memudahkan kenderaan kekal berhubung tanpa memerlukan sebarang sambungan peranti tambahan.

Buat masa ini, kenderaan ini diumumkan untuk pasaran China sahaja. Bersama-sama dengannya juga, Huawei memperkenalkan Huawei P40 Edisi Han.

Komen