Spotify Memperkenalkan Carta Untuk Podcast

Spotify Memperkenalkan Carta Untuk Podcast

Diterbitkan pada July 15, 2020 oleh .

Tidak seperti muzik, mencari podcast yang serasi dengan jiwa adalah agak mencabar. Saya sendiri kerap bertanyakan pada teman apakah podcast yang menarik boleh didengari setiap hari. Proses mencari podcast menjadi lebih mudah hari ini dengan pengenalan carta khusus di aplikasi Spotify.

Menerusi carta, pengguna akan dapat melihat senarai 200 podcast yang sedang popular di negara mereka. Turut diberikan ialah senarai 50 podcast yang sedang sohor kini. Carta disusun mengikut populariti di negara dan juga mengikut genre. Di Malaysia misalnya podcast berunsur keagamaan dan mistik merajai carta hari ini.

Selain di Malaysia ciri paparan carta podcast ini turut diperkenalkan di 25 lagi negara seperti Brazil, Australia, Mexico, A,S dan UK, Untuk mengakses carta pergi ke tab Search kemudian pergi ke segmen Browse All dan memilih kategori podcast.



TIPS & ULASAN