Carian
Google Play Pass Menambah 150 Aplikasi Dan Ditawarkan Ke Pasaran Baharu
July 15, 2020 Effi Saharudin

Dengan Play Pass, Google memberikan persaingan kepada perkhidmatan Apple Arcade. Tahun lalu Play Pass dilancarkan tetapi hanya untuk pengguna di Amerika Syarikat. Hari ini Play Pass menambah 150 lagi aplikasi kepada pelanggan dan turut menawarkannya kepada pengguna di Australia, Ireland, Itali, Jerman, Kanada, New Zealand, Perancis, Sepanyol dan United Kingdom.

Antara aplikasi baharu yang ditawarkan ialah Sonic The Hedgehog, Cytus II, The Almost Gone, Battle Chasers : Nightwar dan banyak lagi. Tidak seperti Apple Arcade, Play Pass turut menawarkan aplikasi bukan permua kepada pelanggan.

Turut diumumkan ialah bayaran langganan tahunan $29.99 kepada pengguna di A.S sahaja pada waktu ini. Ini adalah penawaran yang lebih menarik berbanding $4.99 sebulan yang ditawarkan sebelum ini.

Komen