Cari @ Amanz

Netflix adalah platform pentsriman yang paling popular. Walaupun saya sendiri ada banyak melanggan platform lain seperti HBO Max, Apple TV+, Prime Video – Netflix tetap menjadi pilihan kerana kandungan yang banyak dan memberikan pengalaman penggunaan yang memudahkan. Salah satu ciri yang saya gemar adalah, apabila sesebuah cerita tidak habis ditonton – Netflix akan paparkan di dalam barisan khas “Continue Watching” yang mana ciri ini tidak diperkenalkan pada platform lain.

Terkini, pengguna dibenarkan untuk membuang apa-apa kandungan tidak kira filem atau siri TV pada barisan ini. Ini kerana, jika sudah banyak kandungan anda tidak habis tonton – barisan ini akan bertambah dan bertambah. Mungkin ada cerita anda akan sambung tonton bersama rakan pada akaun/profil mereka atau juga mungkin ada yang sudah tonton di TV misal kata. Anda tidak perlu lagi lihat cerita yang tidak habis ditonton pada Netflix.

Tekan sahaja ikon tiga titik untuk mengakses menu dan pilih “Remove From Row”, selesai. Barisan cerita yang anda tidak habis tonton kini berkurang dan mungkin akan lebih selesa untuk teruskan maratonton cerita lain tanpa rasa beban ada banyak cerita lagi anda perlu habiskan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd