Lenovo Memperkenalkan ThinkStation P620 – Komputer Pertama Dikuasakan AMD Ryzen Threadripper Pro
AMD

Lenovo Memperkenalkan ThinkStation P620 – Komputer Pertama Dikuasakan AMD Ryzen Threadripper Pro

Diterbitkan pada July 15, 2020 oleh .

Lenovo ialah sebuah jenama teknologi yang terkenal untuk siri-siri komputer mereka yang digunakan untuk pelbagai tujuan perindustrian. Baru-baru ini, mereka telah memperkenalkan komputer desktop Lenovo ThinkStation P620 yang dikuasakan CPU AMD Ryzen Threadripper Pro yang baru sahaja diperkenalkan.

Apa yang menarik mengenai pilihan CPU ini ialah jika diperlukan, pengguna boleh memilih untuk mendapatkanĀ  CPU dengan 64 teras dan 128 bebenang kuasa yang mempunyai kelajuan 4.0GHz.

 

Untuk konteks, sebelum ini, CPU model perindustrian ini biasanya hadir dengan 18 teras, dan jumlah teras yang mampu disokong oleh papan induk dengan dua soket CPU ialah 56. Dengan CPU AMD Ryzen Threadripper Pro ini, pengguna boleh mendapatkan sebuah komputer yang mempunyai 64 teras CPU dengan satu soket sahaja.

Selain daripada itu, Lenovo P620 ini juga tiba dengan sokongan untuk palam Ethernet 10GbE, sokongan memori lapan saluran sehingga 1TB dan pilihan storan SSD PCIe 4.0 sebanyak 20TB.

Dari segi pilihan GPU pula, rangka desktop ini boleh dimuakan dengan dua buah NVIDIA Quadro RTX 8000 ataupun empat NVIDIA Quadro RTX 4000.

Menurut Lenovo, ThinkStation P620 ini akan mula dijual di pasaran-pasaran terpilih bermula bulan September kelak. Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai komputer ini, anda boleh ke laman web Lenovo ThinkStation P620.



Paling Popular