Razer Huntsman Mini Dilancarkan – Papan Kekunci Optikal Ringkas Bersaiz Kecil

Razer Huntsman Mini Dilancarkan – Papan Kekunci Optikal Ringkas Bersaiz Kecil

Diterbitkan pada July 15, 2020 oleh .

Razer kini hadir dengan sebuah papan kekunci terbaru menerusi pengenalan Razer Huntsman Mini. Ia merupakan sebuah papan kekunci papan kekunci kompak yang kecil – saiznya adalah 60% daripada papan kekunci bersaiz penuh biasa. Bersesuaian untuk mereka yang mahu menjimatkan ruang kerja.

Ia didatangkan dengan susun atur kekunci yang padat tanpa pad bernombor biasa dan anak panah. Namun begitu, ia tidak bermakna fungsi nombor hilang begitu sahaja, sebaliknya ia masih boleh diakses sebagai fungsi sekunder melalui kekunci yang masih disertakan. Meskipun memiliki saiz yang kecil, ia masih hadir dengan penawaran berprestasi tinggi.

Papan kekunci ini tersedia dalam dua pilihan suis iaitu Linear Optical atau Clicky Optical. Selain turut dilengkapi sokongan lampu RGB yang boleh disesuaikan melalui Razer Synapse dan menggunakan kabel USB Type-C yang boleh dicabut. Tersedia dalam dua warna iaitu Black dan Mercury, papan kekunci ini ditawarkan pada harga RM 599.



TIPS & ULASAN