Kabel USB-C Ke Lightning Yang Dikatakan Untuk iPhone 12 Tertiris

Kabel USB-C Ke Lightning Yang Dikatakan Untuk iPhone 12 Tertiris

Diterbitkan pada July 15, 2020 oleh .

Sekian lama, kabel Lightning untuk iPhone menggunakan bahan binaan kualiti rendah dan cepat rosak. Harga jualan kabel ini juga mahal, berbanding kabel MFI lain yang lebih murah dan jauh lebih berkualiti. Sehingga hari ini, Apple tidak pernah menyertakan kabel tahan lasak jenis braided untuk iPhone, iPad – kecuali kepada pembeli Mac Pro yang menerima kabel jenis braided berwarna hitam.

Kita sudah tahu yang Apple dilaporkan tidak akan menyertakan pengecas dalam kotak iPhone 12 ketika dibeli. Terkini, Apple dikatakan mungkin akan menyertakan kabel jenis braided untuk iPhone 12 dan kabel ini adalah kabel USB-C ke Lightning yang berwarna putih. Mungkin tiada pengecas, tetapi ada kabel berkualiti yang tahan lasak adalah baik? Pada saya sudah ok, kerana saya sudah ada banyak pengecas 18W – pada orang lain ini mungkin satu bebanan.

Mac Pro sudah pun menyertakan kabel seperti ini, jadi ini mungkin giliran iPhone pula. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.



TIPS & ULASAN