Ninebot C30 Adalah Moped Termurah Dari Xiaomi

Ninebot C30 Adalah Moped Termurah Dari Xiaomi

Diterbitkan pada July 15, 2020 oleh .

Ninebot adalah syarikat yang mengeluarkan skuter elektrik, basikal elektrik, kasut roda elektrik dan juga pelbagai jenis moped (basikal berenjin). Syarikat ini juga merupakan salah satu syarikat yang bekerjasama dengan Xiaomi yang menjual produk-produk seperti ini pada harga mampu milik.

Terkini, mereka hadir dengan moped mampu milik baru yang dikatakan adalah paling murah setakat ini – iaitu Ninebot C30. Ia mempunyai pedal pengayuh yang mana tidak perlu gunakan pun tidak apa. Ia disertakan kerana ia adalah perkara wajib untuk menjadikan produk ini berada dalam kategori basikal dan tidak memerlukan lesen. C30 mampu memecut sehingga 25 km/j, mempunyai ketahanan bateri sehingga 35 km perjalanan dan berat bateri adalah 5.8kg untuk memudahkan pengecasan di dalam rumah.

Berat keseluruhan moped ini adalah 55kg, tetapi masih ringan untuk sebuah moped yang menggunakan enjin 400w. Ninebot C30 ini disasarkan untuk golongan muda dan dijual khusus di China. Harga jualan adalah RMB3,599 iaitu sekitar RM2,193.



TIPS & ULASAN