Samsung Galaxy Tab S7 Mungkin Tidak Menyokong Pengimbas Cap Jari Terbina Dalam Skrin

Samsung Galaxy Tab S7 Mungkin Tidak Menyokong Pengimbas Cap Jari Terbina Dalam Skrin

Diterbitkan pada July 15, 2020 oleh .

Seperti yang kita semua tahu, Samsung Galaxy Tab S6 didatangkan dengan sokongan sistem pengimbas cap jari bawah skrin. Ia merupakan kali pertama Samsung menggunakan teknologi ini pada sesebuah tablet.

Namun begitu, nampaknya Samsung Galaxy Tab S7 tidak akan mengikut jejak langkah yang sama. Sebaliknya menggunakan pengimbas cap jari yang terbina pada butang kuasa. Sebenarnya, ia bukanlah sesuatu yang mengujakan kerana sebelum ini Samsung Galaxy Tab S5e turut disertakan dengan sensor sebegini. Langkah ini mungkin diambil bertujuan sebagai proses penjimatan kos dalam pembuatan produk.

Walau bagaimanapun, Samsung Galaxy Tab S7 Plus dikatakan mungkin menggunakan sensor cap jari dalam paparan. Namun masih belum jelas mengenai teknologinya, sama ada ia menggunakan jenis optikal atau ultrasonik.



TIPS & ULASAN