Oppo Turut Melancarkan Pengecas Pantas 110W Dan 50W Bersaiz Mini

Oppo Turut Melancarkan Pengecas Pantas 110W Dan 50W Bersaiz Mini

Diterbitkan pada July 15, 2020 oleh .

Pengumuman dua sistem pengecasan adi pantas oleh Oppo sebentar tadi akan menyelesaikan masalah perlu menanti lama sebelum peranti boleh dicas sepenuhnya. Tetapi dari pengalaman peribadi kesemua pengecas adi pantas di pasaran mempunyai satu kekurangan kerana ia bersaiz amat besar. Pengecas 65W untuk Realme X50 Pro 5G misalnya adalah dua kali ganda lebih tinggi berbanding pengecas 25W untuk Samsung Galaxy S20 Ultra 5G.

Oppo nampaknya juga cakna dengan isu pengecas yang bersaiz terlalu besar. Oleh itu dua pengecas mini baharu turut dilancarkan sebentar tadi dengan output 110W dan 50W. Oppo 110W Mini Flash Charger mempunyai isipadu yang menurut mereka adalah sama saiznya dengan pengecas 18W lain di pasaran. Terdapat suis dari bahan galium nitrat yang membolehkan pengecasan pada kuasa yang tinggi dilakukan.

Seterusnya ialah pengecas Oppo 50W Mini SuperVOOC dengan dimensi 82.2 mm x 39 mm x 10.05 mm dan sebesar 60 gram yang boleh disimpan dengan selesa di dalam poket seluar. Selain format pengecasan VOOC, ia turut menyokong sistem pengecasan 27W PD and 50W PPS. Walaupun kedua-dua pengecas ini telah dilancarkan secara rasmi, bila dan harga jualannya masih belum diumumkan.



TIPS & ULASAN