Cari @ Amanz

Peranti di bawah siri Samsung Galaxy S20 adalah yang pertama dipasarkan dengan skrin Dynamic AMOLED 120Hz. Tetapi implementasi sistem yang digunakan pada waktu ini mengehadkan penggunaan kadar segar semula ini hanya pada resolusi FHD+ dan tidak berubah mengikut keperluan.

Menerusi ciapan terkini @UniverseIce, beliau menujukan tangkapan skrin tetapan untuk peranti siri S20 yang menunjukkan pilihan baharu. Akhirnya kadar segar semula 120Hz disokong pada resolusi tertinggi WQHD+. Satu lagi pilihan baharu yang jauh lebih penting ialah kadar segar semula dinamik yang berubah di antara 60Hz atau 120Hz bergantung pada aplikasi.

Pada waktu ini kadar segar semula tinggi dipaksa pada sesetengah aplikasi yang menyebabkan tatalan kelihatan aneh. Selain menyelesaikan masalah ini, hayat bateri peranti juga akan dapat ditingkatkan.

Kami meramalkan ciri kadar segar semula dinamik ini akan tiba terlebih dahulu pada siri Galaxy Note20 yang akan dilancarkan awal Ogos hadapan. Kemudian ia akan diberikan kepada siri Galaxy S20 walaupun ia telah dijanjikan sejak Februari yang lalu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd