Carian
Pengecas 20W Apple Melepasi 3C – Untuk iPhone 12?
July 15, 2020 Fahim Zahar

Apple sejak dari dulu lagi menyertakan pengecas 5W di dalam kotak pada setiap pembelian. Walaupun iPhone 8 sehingga iPhone 11 ia sudah menyokong pengecasan pantas, pengecas 18W yang disokong Apple perlu dibeli secara berasingan – kecuali pada iPhone 11 Pro dan 11 Pro Max.

Terkini terdapat spekulasi yang menyatakan, iPhone 12 akan menyokong sistem pengecasan yang lebih pantas – iaitu 20W. Tetapi, pengecas ini berkemungkinan besar perlu dibeli secara berasingan kerana laporan yang dipercayai memberitahu siri iPhone 12 tidak akan menyertakan pengecas di dalam kotak. Pengecas 20W ini baru sahaja melepasi 3C iaitu syarikat seakan SIRIM untuk China. Bersama-sama dengan pengecas ini, versi 5W yang baru turut tersenarai di 3C. Jadi ada kemungkinan salah satu daripada iPhone 12 akan menerima pengecas baru ini di dalamnya?

Pengecas 20W ini adalah berasaskan Power Delivery dan menggunakan USB-C bukannya USB-A. Beberapa jam lalu, kami ada laporkan yang kabel USB-C ke Lightning Apple mungkin akan menggunakan jenis braided yang sama dengan dalam pembelian Mac Pro.

Komen