YouTube Kini Mengetengahkan Penerbit Kandungan Menarik Dan Meningkat Popular

YouTube Kini Mengetengahkan Penerbit Kandungan Menarik Dan Meningkat Popular

Diterbitkan pada July 15, 2020 oleh .

Google hari ini berkongsi mengatakan yang mana terdapat lebih 1000 saluran setiap hari yang melangkaui 1000 langganan setiap hari. Selari dengannya, kini Google turut memperkenalkan sebuah ciri baru di YouTube, dinamakan “Creators On The Rise” atau “Pencipta Yang Semakin Popular”.

Melalui ciri baru ini, YouTube memaparkan seorang penerbit kandungan setiap hari, dan mengetengahkan kandungan mereka kepada umum. Ia sekaligus memudahkan pengguna untuk menemui lebih ramai penerbit kandungan menarik setiap hari.

YouTube Sohor Kini

Youtube memaparkan penerbit kandungan pilihan ini setiap hari melalui tab Sohor Kini.

Dengan langkah ini, selain memudahkan penerbit kandungan menemui pengguna baru, ia juga akan memberikan lebih semangat untuk semua penerbit kandungan untuk menghasilkan kandungan berkualiti untuk para penonton.



TIPS & ULASAN