iPhone SE 2 atau iPhone SE 2020 adalah telefon pintar kelas pertengahan dari Apple yang dijana dengan cip peranti mercu A13. Peranti ini boleh dikatakan adalah pembunuh peranti mercu yang padat dengan ciri dan fungsi dan juga merupakan iPhone paling murah Apple pernah jual sejak wujudnya iPhone X dan ke atas. Harga jualan iPhone SE 2 ini bermula dari RM1,999 sahaja, tetapi pembeli terpaksa menghadapi rekaan yang kuno dengan bezel yang tebal.
Terkini, Taiwan Economic Daily dari China telah melaporkan yang Apple berjaya memasarkan sebanyak 12 juta sehingga 14 juta unit iPhone SE 2 ini pada suku kedua 2020. Peranti ini dilancarkan pada bulan April lalu dan baru sahaja masuk bulan ketiga belasan juta unit sudah dipasarkan.
Tambahan sumber lagi, Apple dikatakan akan terus menjual iPhone murah pada tanda harga bermula $399 atau mungkin RM1,999 (untuk pasaran Malaysia) pada tahun hadapan. Buat masa ini masih tiada informasi, iPhone murah apakah yang Apple akan perkenalkan. Sama-sama kita nantikan.