Xiaomi Vertical Wireless Charging Socket Dilancarkan – Pengecas Nirwayar Dengan Soket Terbina

Xiaomi Vertical Wireless Charging Socket Dilancarkan – Pengecas Nirwayar Dengan Soket Terbina

Diterbitkan pada July 15, 2020 oleh .

Xiaomi turut terkenal dengan menjual pelbagai aksesori kuasa pada harga mampu milik. Dari power bank, pengecas, kabel, soket, bateri dan banyak lagi. Antara produk pengecas Xiaomi adalah beberapa model pengecas nirwayar. Dari yang mendatar ke yang menegak, harga jualan Xiaomi semua mampu milik dan ada yang asas dan juga menyokong pengecasan nirwayar pantas.

Terkini, Xiaomi dilihat menawarkan pula Xiaomi Vertical Wireless Charging Socket. Ia adalah pengecas nirwayar menegak mirip dengan model sebelum ini, tetapi dengan soket terbina. Pengecas nirwayar ini mempunyai kuasa maksimum 10W, dua soket dan tiga port USB dengan kuasa 18W. Pengecas ini turut mempunyai lampu LED berwarna hijau sebagai indikasi peranti sedang dicas.

Produk seperti ini dihasilkan agar memudahkan pengguna yang memiliki banyak peranti dan tidak perlu lagi kerap ke bawah meja mencari soket kosong untuk mengecas peranti lain. Harga pengecas ini adalah RMB129, iaitu sekitar RM79 sahaja. Tetapi pembeli terawal akan dapat membelinya pada harga RMB109, iaitu sekitar RM66.



Paling Popular