Cari @ Amanz

Google hari ini secara rasminya telah mengumumkan mereka akan melabur sebanyak $4.5 bilion pada Jio Platforms, sekaligus mendapatkan pegangan sebanyak 7.73% pada syarikat berkenaan. Pelaburan daripada Google ini hadir selepas beberapa gergasi internet lain turut membuat pelaburan pada Jio – termasuk Facebook, Qualcomm, Intel dan sebagainya.

Bersama-sama pelaburan ini juga, pihak Google dan Jio mengatakan mereka akan membangunkan telefon pintar berspesifikasi asas dengan pengoptimasian pada sistem operasi Android dan Google Play Store.

Google turut mengatakan mereka sedang melihat kepada bagaimana membantu jutaan pengguna di India dalam menjadi pemilik telefon pintar – selain membuka kepada peluang baru dalam dunia digital dan ekonomi baru di India.

Selain pelaburan di Jio Platforms ini, Google turut menyasarkan untuk membuat pelaburan tambahan lain untuk membangunkan ekonomi digital di India.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd