Cari @ Amanz

Setelah beberapa kali tertiris sebelum ini, hari ini Xiaomi telah pun memperkenalkan sebuah dongel khusus untuk televisyen, dinamakan sebagai Mi TV Stick.

Mi TV Stick ingin memudahkan pengguna untuk membawa ciri pintar ke televisyen sedia ada mereka. Pengguna hanya perlu menghubungkan peranti khusus ini ke televisyen, dan menikmati sejumlah ciri pintar bersama dengannya – sekaligus membolehkan anda kekal menggunakan televisyen sedia ada tanpa perlu menggantikannya.

Mi TV Stick

Mi TV Stick hadir dengan sokongan penstriman media pada resolusi 1080p, dilengkapi sokongan Android TV dan Chromecast.

Pengguna turut boleh menikmati ciri Google Assistant untuk mendapatkan bantuan dengan pantas dari Google melalui televisyen anda.

Mi TV Stick

Sebuah alat kawalan turut disertakan berasaskan Bluetooth – dimana ia turut dilengkapi dengan butang khusus untuk Netflix dan juga Amazon Prime VIdeo.

Buat masa ini, harga jualannya untuk pasaran Malaysia masih belum diumumkan secara rasmi lagi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd