Xiaomi hari ini telah memperkenalkan beberapa produk dibawah ekosistem mereka, termasuk sebuah skuter pintar, dinamakan Mi Electric Scooter Pro 2. Menariknya, bersama-sama pengenalannya, Xiaomi turut mengumumkan mereka bakal hadir dengan penawaran produk edisi khas, hasil kerjasama dengan pihak Mercedes-AMG Petronas F1.
Mi Electric Scooter Pro 2 sendiri boleh menawarkan kelajuan sehingga 25km/j dan boleh dibawa sehingga 45 kilometer dengan sekali pengecasan penuh. Ia turut dilengkapi dengan sistem dwi-brek untuk keselamatan lebih baik, lampu hadapan, dan boleh dilipat untuk dibawa kemana-mana dengan mudah.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada model edisi khas Mercedes-AMG Petronas F1 ini adalah dari segi perubahan kosmetik luaran sahaja, atau turut akan menawarkan kelajuan lebih pantas.
Xiaomi dijangka berkongsi lanjut mengenainya tidak lama lagi.