Cari @ Amanz

Sejak ke belakangan ini, pelbagai syarikat berlumba-lumba hadir dengan platform penstriman tersendiri. Antara yang terkini adalah HBO Max, Apple TV+ dan Disney+ yang mana semuanya ingin bersaing dengan Netflix dan Prime Video. Tetapi, banyak di antara mereka terhad di beberapa negara sahaja.

Terkini, NBCUniversal iaitu sebuah syarikat siaran di Amerika Syarikat mula menawarkan Peacock TV. Ia adalah platform penstriman video yang menyertakan banyak siri TV, siri komedi klasik dan pelbagai filem. Apa yang menarik dengan Peacock TV adalah, ia menawarkan pakej langganan yang jauh lebih murah dari Netflix iaitu $5 (~RM21.31) pelan bebas iklan. Menariknya, sehingga 15 Oktober, Peacock TV boleh diakses secara percuma.

Seperti semua platform lain, Peacock TV turut mempunyai kandungan asli iaitu Peacock Originals. Dalam percubaan saya, aplikasi Android boleh sahaja diakses di Malaysia. Tetapi laman webnya tidak boleh diakses untuk mengubah pakej langganan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd