Cari @ Amanz

Peranti kelas pertengahan dijual pada harga mampu milik kerana tidak dilengkapi pelbagai ciri tambahan yang ditemui pada peranti mercu. Tetapi secara perlahan-lahan ciri dari peranti mercu mula ditawarkan pada peranti kelas pertengahan seperti pengecasan pantas, skrin dengan kadar segar semula tinggi dan port USB-C. Menurut laporan media Korea The Elec, Samsung kelak akan memberikan kamera dengan OIS pula pada peranti kelas pertengahan mereka.

Dengan sistem OIS kualiti gambar dan video yang diambil akan menjadi lebih baik kerana penstabilan yang lebih padu berbanding EIS. Peranti-peranti awal yang akan dilengkapi OIS dipercayai adalah Galaxy A72. Samsung telah laman cuba memberikan pembaharuan pada peranti kelas pertengahan mereka. Bermula dengan Galaxy Alpha yang hadir dengan kemasan premium pada tahun 2014 dan kemudian Galaxy A 2017 yang dilengkapi kemampuan kalis air.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd