Cari @ Amanz

Menerusi DeX, peranti keluaran Samsung boleh berubah menjadi sebuah komputer desktop lengkap dengan sokongan papan kekunci dan tetikus. Sejak diperkenalkan pada tahun 2017 menerusi Galaxy S8, pelbagai penambahbaikan diberikan tetapi satu ciri yang diminta oleh pengguna ialah mod nirwayar masih belum kunjung tiba.

Tetapi menurut laporan XDA Developer,ciri ini mungkin akhirnya sedia untuk diberikan selepas kod DeX secara nirwayar ditemui dalam aplikasi. Dari apa yang dapat anda lihat di atas, pada awalnya DeX nirwayar ini akan disokong pada televisyen sahaja. Memandangkan ini ialah produk Samsung, besar kemungkinan ia adalah menerusi tambatan SmartThings pada televisyen pintar dengan sistem operasi Tizen terlebih dahulu.

Sebagai pengguna Samsung DeX kami amat teruja sekiranya ini berlaku dan dilancarkan serentak dengan Note20 kelak. Ia adalah ciri yang telahpun disokong pada peranti Huawei sejak Mate 10 yang diberi nama Easy Projection.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd