Carian
Google Meet Kini Menyekat Individu Yang Tidak Diundang Dalam Panggilan Video
July 16, 2020 Amy Maizuraa

Adakah anda pernah berhadapan dengan situasi di mana terdapatnya individu yang tidak dijemput menceroboh sesi panggilan video untuk tujuan mengganggu? Ia kebiasaannya berlaku ketika panggilan video yang melibatkan proses pembelajaran.

Kini usah risau, kerana ciri terbaru pada Google Meet dapat membantu para pengguna untuk menyekat individu yang tidak diundang ini. Menurut Google, individu tidak diundang yang dimaksudkan di sini adalah pengguna yang tidak log masuk ke akaun Google milik mereka. Fungsi sekatan ini akan diaktifkan secara automatik.

Namun begitu, meskipun individu tersebut telah log masuk akaun Google tetapi tidak memiliki akaun yang selari dengan panggilan video anda. Mereka tetap akan disekat daripada masuk ke panggilan video berkenaan. Ciri ini tersedia untuk pelanggan G Suite for Education dan G Suite Enterprise for Education.

Komen