Di Malaysia lebih 80% sumber tenaga elektrik dijana menggunakan bahan api fosil. Dengan bekalan gas dan petroleum yang semakin berkurangan, kos menjana elektrik akan semakin meningkat. Bagi mengurangkan impak ke atas alam sekitar, Tesco mengumumkan penggunaan panel solar pada 15 cawangan mereka di Malaysia.
Panel solar yang dipasang pada bahagian bumbung menjana 18 jam gigawatt (GWh) tenaga bersih setiap tahun sekaligus mengurangkan sekitar 13624 tan pelepasan karbon ke atmosfera. Jumlah tenaga yang dihasilkan mampu membekalkan tenaga kepada 804,905 rumah tiga bilik selam setahun. Fasa pertama pemasangan panel solar ini akan selesai Oktober hadapan.
Cawangan yang terpilih dalam fasa pertama pemasangan panel solar adalah Tesco Mergong, Tesco Sungai Petani Selatan, Tesco Bukit Mertajam, Tesco Rawang, Tesco Ipoh, Tesco Station 18, Tesco Klang,
Tesco Puchong, Tesco Bukit Puchong, Tesco Extra Seremban Jaya, Tesco Kulim, Tesco Stargate, Tesco Seberang Jaya, Tesco Jitra dan Tesco Kampar.