Vivo IQOO U1 Kini Rasmi Dengan Pemproses Snapdragon 720G

Vivo IQOO U1 Kini Rasmi Dengan Pemproses Snapdragon 720G

Diterbitkan pada July 16, 2020 oleh .

IQOO Z1x baru sahaja diperkenalkan sekitar minggu lepas, kini IQOO memperkenalkan sebuah lagi peranti baru di bawah siri yang sama iaitu IQOO U1. Ia didatangkan dengan sejumlah spesifikasi menarik seperti menggunakan pemproses Snapdragon 720G, kamera utama 48-Megapixel dan bateri berkapasiti 4,500mAh.

IQOO U1 membawakan paparan berukuran 6.53-inci LCD FHD+ dengan rekaan skrin berlubang yang menempatkan kamera hadapan. Tunjang utamanya digabungkan dengan sokongan RAM sehingga 8GB dan storan sehingga 128GB. Storan ini tidak boleh dikembangkan.

Peranti ini menempatkan 3 kamera utama di belakang dengan gabungan lensa 48-Megapixel (utama) + 2-Megapixel (makro) + 2-Megapixel (kedalaman). Kamera hadapan pula adalah sebesar 8-Megapixel. Peranti ini dilengkapi bateri berkapasiti 4,500mAh dengan pengecasan 18W.

Selain turut disertakan dengan sokongan pengimbas cap jari di sisi, bicu audio 3.5mm, Game Space, Multi-Turbo dan sambungan Bluetooth 5.1. Tersedia dalam warna Black, Blue dan White, peranti ini ditawarkan pada harga bermula RMB 1,198 (~RM731) untuk varian asas.



TIPS & ULASAN