Cari @ Amanz

Twitter kini telah mula memperkenalkan antaramuka baru untuk penghantaran dan penerimaan DM melalui web – sekaligus memudahkan lagi proses komunikasi antara pengguna secara peribadi melalui platform berkenaan.

Twitter DM

Hal ini boleh dikatakan memudahkan lagi proses komunikasi menggunakan DM – berbanding sebelum ini yang memerlukan anda menyemaknya secara manual di tab khusus. Melalui antaramuka baru ini, ia dipaparkan dalam bentuk pop-atas pada bahagian bawah pelayar web – lebih kurang seumpama di Facebook untuk Messenger.

Perubahan baru ini semestinya diminati ramai, dan mengalakkan lagi penggunaan DM di Twitter.

Perubahan ini diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna Twitter seluruh dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd