Facebook Messenger Memperluaskan Perkongsian Skrin Ke iOS Dan Android

Facebook Messenger Memperluaskan Perkongsian Skrin Ke iOS Dan Android

Diterbitkan pada July 17, 2020 oleh .

Facebook sebelum ini telah pun menambah sokongan perkongsian skrin pada Messenger di desktop – sekaligus memudahkan pengguna berkongsi skrin paparan mereka ketika sedang membuat panggilan video. Kini, selain pada desktop, ciri berkenaan turut diperluaskan kepada peranti mudah-alih.

Bermula hari ini, ciri perkongsian skrin turut dibawa ke peranti mudah-alih Android dan iOS.

Facebook Messenger

Dengan ciri ini, ia sekaligus memudahkan pengguna untuk berkongsi skrin paparan mereka bersama rakan yang lain ketika membuat panggilan video, sekaligus memudahkan lagi urusan perbincangan atau perbualan.

Facebook juga turut mengumumkan yang mana mereka turut membawa sokongan ini ke Messenger Rooms untuk penggunaan sehingga 16 orang di web dan desktop.

Ciri baru ini diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna Facebook Messenger seluruh dunia.



TIPS & ULASAN