Samsung Galaxy M01s Rasmi Dengan Pemproses MediaTek Helio P22

Samsung Galaxy M01s Rasmi Dengan Pemproses MediaTek Helio P22

Diterbitkan pada July 17, 2020 oleh .

Samsung kini memperluaskan lagi penawaran peranti keluarannya menerusi pengenalan Samsung Galaxy M01s. Ia membawakan sejumlah spesifikasi yang sama dengan Samsung Galaxy M01 yang dilancarkan sebelum ini. Namun, perbezaan utama terletak pada ukuran skrin dan penggunaan cip pemprosesnya. Ia turut ditambah dengan sokongan pengimbas cap jari di belakang.

Di mana, Samsung Galaxy M01s menggunakan paparan berukuran 6.2-inci TFT LCD HD+ (720 x 1520) dan dijanakan oleh pemproses MediaTek Helio P22. Paparan ini menggunakan rekaan skrin bertakuk Infinity-V untuk perletakan kamera hadapan 8-Megapixel. Ia juga dilengkapi dengan memori 3GB RAM dan storan 32GB, selain turut didatangkan sokongan slot microSD yang boleh dikembangkan sehingga 512GB.

Seterusnya, peranti ini didatangkan dengan dwi kamera utama dengan lensa 13-Megapixel (f/1.8) + 2-Megapixel (f/2.4). Kamera hadapan pula sebesar 8-Megapixel di dalam takuk. Walaupun ia sebuah peranti kelas permulaan, sokongan audio Dolby Atmos disertakan. Melengkapinya adalah bateri 4,000mAh. Sistem operasi Android 9 Pie masih lagi digunakan dengan pelancaran One UI Core 1.1.  Samsung Galaxy M01s ditawarkan pada harga bermula ₹9,999 (~RM567) di India dalam dua pilihan warna iaitu Gray dan Light Blue.



Paling Popular