Empat tahun yang lalu Apple mengambil langkah berani dengan tidak menyertakan bicu audio 3.5mm pada telefon pintar. Lagkah yang dahulunya menjadi bahan jenaka kini diikuti pengeluar lain seperti Samsung, Huawei, Oppo dan Xiaomi.
Serentak dengan tiadanya bicu audio, fon telinga nirwayar TWS mula membanjiri pasaran dengan AirPods kini menjuarai kategori ini di peringkat global. Tetapi bagaimana pula keadaannya di rantau Asia Tenggar.
Menurut laporan Canalys, di rantau ini Apple, Samsung dan Xiaomi adalah tiga syarikat yang mempunyai pegangan pasaran TWS yang tertinggi pada suku pertama 2020. Di Malaysia misalnya Apple mempunyai pegangan terbesar 26.6% diikuti oleh Samsung (21.8%) dan Xiaomi (21.3%).
Di Indonesia dan Filipina pula, Xiaomi berada jauh di atas kerana harga jualan TWS yang lebih mampu milik. Maka tidak mengejutkan di Singapura yang merupakan negara terkaya rantau ini pegangan Apple adalah melangkaui 50%.
Canalys juga melaporkan TWS ialah aksesori audio bluetooth yang paling popular di rantau Asia Pasifik. Ia lebih popular berbanding fon telinga nirwayar bluetooth dan fon kepala nirwayar.