Carian
OnePlus Buds Akan Menyokong Pengecasan Pantas Warp Charge & Pengecasan Nirwayar
July 17, 2020 Fahim Zahar

Dua hari lepas kami telah melaporkan yang OnePlus Buds, iaitu TWS pertama mereka akan mempunyai ketahanan bateri sehingga 30 jam. Secara tidak langsung bersaing dengan TWS lain yang terhad kepada 10 jam atau 20 jam sahaja. Sudah tentu, jumlah 3 jam ini adalah bersama-sama dengan pod pengecasan fon telinga dan bukannya fon telinga itu sendiri.

Terkini, melalui temu bual bersama TechRadar – OnePlus mengesahkan yang OnePlus Buds menggunakan teknologi pengecasan pantas Warp Charge. Masa pengecasan dari 0% sehingga penuh adalah dalam masa 10 minit sahaja yang mana jika dibandingkan dengan Apple AirPods Pro 15 minit pengecasan bersamaan dengan 5 jam penggunaan sahaja. OnePlus Buds menggunakan bateri 430mAh yang kuasanya dihadkan kepada 5v 1.5A. Lebih menarik, pemilik OnePlus Buds kelak tidak memerlukan kabel Dash atau kabel Warp – tetapi mana-mana kabel USB-C sahaja sudah memadai.

TWS OnePlus ini mampu bertahan selama 7 jam pada fon telinga sahaja dan tambahan 23 jam selepas dicas melalui pod pengecasannya, yang mana sekitar 6 jam lebih lama berbanding AirPods Pro. Tambahan lagi, jika pengguna rasakan OnePlus Buds ini mahal ia adalah kerana mereka sertakan sokongan pengecasan nirwayar.

Komen