Carian
Shoploop Adalah Aplikasi Web eDagang Seakan TikTok Dari Google
July 17, 2020 Fahim Zahar

TikTok adalah aplikasi media sosial yang memaparkan video pendek. Ia turut mempunyai fungsi penyuntingan video, pelbagai penuras dan menjaidkannya popular adalah ada banyak pelekat, gif, dan banyak pilihan muzik. Populariti TikTok ini menjadikan banyak platform media sosial lain salin ciri/fungsi TikTok pada aplikasi mereka atau hadir dengan klon.

Terkini, Google pula dilihat hadir dengan klon TikTok yang diberi nama Shoploop. Ia adalah aplikasi web edagang yang unik, yang mana setiap produk dipaparkan dalam video pendapat/ulasan pendek sekitar 90 saat atau kurang. Setiap video ini diterbit oleh mereka yang membuat demonstrasi atau pemangkin media sosial. Setiap kategori produk diasingkan mengikut tab pada bahagian atas laman webdan pengguna boleh suka, kongsi dan simpan video. Pengguna juga boleh mengikuti mana-mana profil yang diminati seperti TikTok.

Buat masa ini, Shoploop hanya memfokuskan kepada produk-produk kecantikan dan penjagaan kulit. Hanya di masa akan datang Google akan kembangkan kepada produk pakaian, elektronik dan barang kemas. Setiap video dalam platform ini juga dilihat mempunyai kualiti rendah yang mana mungkin disengajakan kerana ingin memberi keyakinan kepada pengguna.

Buat masa ini Shoploop hanya hadir dalam bentuk aplikasi web untuk peranti mudah alih sahaja dan terhad di beberapa negara sahaja.

Komen