Cari @ Amanz

Google Contacts adalah aplikasi kenalan yang teribina pada banyak telefon pintar, lagi-lagi peranti Google Pixel. Ia juga boleh dimuat turun secara percuma di Play Store. Google Contacts turut merupakan aplikasi kenalan yang ringkas dan mudah digunakan. Dari membuat susun atur, mengorganisasi kenalan, dan banyak lagi.

Terkini, versi web Google Contacts telah dikemaskini dengan fungsi “Trash”. Ia adalah tong sampah yang banyak aplikasi pengurus fail kenalkan atau juga aplikasi seperti GMail. Ini bermakna, jika ada kenalan yang anda terbuang secara tidak sengaja – anda kini boleh kembalikan dengan mudah. Tong sampah ini akan menyimpan segala kenalan yang anda terbuang atau buang secara sengaja selama 30 hari sebelum dipadam selama-lamanya.

Buat masa ini, ia diedarkan secara berperingkat bermula malam tadi selama 15 hari berturut-turut kepada semua pengguna Google.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd