Carian
Lenovo Legion Gaming Phone Diperlihatkan Melalui Iklan Ringkas – Hadir Dengan Kamera Pop-Naik Di Sisi
July 17, 2020 Aman

Lenovo sedia menjadualkan 22 Julai 2020 ini untuk memperkenalkan telefon pintar memfokuskan permainan video dibawah jenama Legion, iaitu Lenovo Legion Gaming Phone.

Dalam terus menarik pengguna untuk ternanti-nanti dengan telefon berkenaan, kini Lenovo telah hadir dengan beberapa iklan yang mempertontonkan sendiri telefon berkenaan.

Lenovo Legion Gaming Phone

Lenovo Legion Gaming Phone ini dilihat hadir dengan kamera pada bahagian sisi telefon pintar – sekaligus menjadikannya menarik untuk anda strim permua ketika memainkannya secara melintang. Kamera pop-naik juga tidak menganggu skrin – sekaligus menawarkan pengalaman permainan menyeluruh.

Lenovo Legion Gaming Phone ini hadir dengan Snapdragon 865+, dan dijangka menawarkan memori sehingga 16GB RAM.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 22 Julai ini untuk melihat sendiri penawaran pihak Lenovo melalui telefon permua mereka ini.

Komen