Cari @ Amanz

Xiaomi Memperkenalkan Mi Band 4C Di Taiwan

Oleh Aman

Link Copied!

Xiaomi hari ini telah memperkenalkan satu lagi gelang tangan mampu milik dibawah siri Mi Band, iaitu Xiaomi Mi Band 4C. Untuk makluman, ia adalah variasi global untuk Redmi Band yang telah diperkenalkan pada bulan April lepas di China.

Mi Band 4C

Xiaomi Mi Band 4C hadir dengan skrin 1.08-inci, menyertakan penyambung USB-A untuk memudahkan pengecasan terus, dan masa penggunaan bateri sehingga 14 hari lamanya.

Seperti gelang tangan pintar lain, ia turut hadir dengan sensor kadar denyutan nadi, pemantau aktiviti, serta sokongan kalis air sehingga 50 meter. Pengguna turut boleh menggunakannya untuk memantau corak tidur harian.

Di Taiwan, Mi Band 4C ditawarkan pada harga bermula 495 TWD iaitu sekitar RM70.


Komen ()