iFlix Didakwa Gagal Melakukan Pembayaran Kepada Penerbit Filem Daulat

iFlix Didakwa Gagal Melakukan Pembayaran Kepada Penerbit Filem Daulat

Diterbitkan pada July 19, 2020 oleh .

April lalu iFlix menjadi platform penstriman eksklusif untuk tayangan filem Daulat terbitan Lacuna Pictures. Platform penstriman dipilih selepas penerbit ingin menayangkan filem mereka tanpa sebarang potongan oleh pihak Lembaga Penapisan Filem. Namun begitu selepas tiga bulan, akaun Twitter rasmi filem Daulat menghantar ciapan mendakwa mereka masih belum menerima sebarang bayaran dari pihak iFlix.

Bayaran sepatutnya dilakukan pada 1 Julai yang lalu dan selepas bayaran masih belum diterima pihak penerbit telah mengeluarkan surat tuntutan kepada pihak iFlix. Ketika artikel ditulis, Daulat tidak lagi boleh distrim menerusi iFlix.

Tahun ini iFlix bergolak selepas salah seorang pengasasnya meninggalkan syarikat pada bulan Jun sebelum syarikat telah diambil alih oleh Tencent. Selepas diambil alih nama iFlix dilaporkan akan beoperasi sehingga 12 bulan sebelum diserap ke dalam perkhidmatan milik Tencent seperti WeTV.



TIPS & ULASAN