Carian
Samsung Galaxy Z Fold 2 Akan Dilancarkan Pada 5 Ogos Ini
July 19, 2020 Effi Saharudin

Terdapat beberapa ramalan mengenai bilakah Samsung Galaxy Z Fold 2 akan dilancarkan. Tetapi menerusi video acah terkini yang dikongsi oleh Samsung, Ia kini sah akan dilancarkan bersama dengan Galaxy Note2o pada 5 Ogos kelak,

Samsung Galaxy Z Fold 2 ialah peranti kesinambungan kepada Galaxy Fold tetapi kali ini dengan cip Snapdrgon 865 dan sokongan rangkaian 5G. Selain Galaxy Z Fold 2 dan Galaxy Note20, peranti lain yang akan dilancarkan pada acara Unpacked kelak ialah Galaxy Buds Live. Tidak seperti Galaxy Buds+ yang telahpun dilancarkan Februari yang lalu, Buds Live mengacah sokongan pembatalan hingar aktif serta rekaan yang lebih futuristik.

Komen