Jawigram – Bot Telegram Yang Membantu Anda Mengubah Tulisan Rumi Ke Jawi

Jawigram – Bot Telegram Yang Membantu Anda Mengubah Tulisan Rumi Ke Jawi

Diterbitkan pada July 20, 2020 oleh .

Penulisan jawi menggunakan papan kekunci biasa mungkin sedikit mencabar berbanding menulis menggunakan tulisan rumi. Kini, dalam usaha memudahkannya, salah satu perkhidmatan yang ditawarkan oleh pembangun tempatan adalah Jawigram.

Jawigram adalah sebuah bot untuk Telegram yang memudahkan pengguna mengubah tulisan rumi ke jawi dengan mudah.

Melaluinya, pengguna hanya perlu menaip perkataan yang ingin ditukarkan kepada jawi, dan ia akan melakukannya secara automatik. Seperti biasa, pengguna perlu menggunakan tulisan bahasa Malaysia penuh untuk berjaya menggubahnya kepada tulisan jawi.

Disamping mengubah tulisan sedia ada, Jawigram juga turut membantu pengguna dalam mempelajari perkataan dan tulisan jawi baru setiap hari.

Bagi anda yang berminat, boleh menambah Jawigram di Telegram anda hari ini, dan menggunakannya dalam lebih mendalami tulisan Jawi.

Tambah : Jawigram di Telegram



Paling Popular